Majlis Sanjungan Budi, Lambaian Kasih

Category: Berita terkini Hits: 3001

Majlis Sanjungan Budi, Lambaian Kasih telah diadakan pada 29 September 2016 bertempat di Hotel Goldcourse, Klang, Selangor.

Majlis ini diadakan bagi mengenang jasa Pengerusi Koperasi Tuan Haji Abd Razak Shamsuddin dan Setiausaha Kehormat Koperasi Tuan Haji Hasnor Mohd Jan yang telah tamat tempoh perkhidmatan kepada Koperasi. Selain itu, Majlis juga menjemput mantan Bendahari Kehormat Koperasi Tuan Haji Poazi Rosdi dan turut meraikan Encik Jamal Isywadi Mohd Noh yang telah meletak jawatan sebagai Penolong Pegawai Teknologi Maklumat.

Koperasi merakamkan jutaan terima kasih di atas sumbangan yang telah diberikan.