Category: Biro Hits: 3355

Pengenalan

Fungsi utama Biro ini adalah untuk memastikan sebahagian besar staf UiTM menjadi anggota/ahli Koperasi Kakitangan UiTM Berhad. Selain itu biro ini juga berfungsi untuk memberikan pendidikan dan latihan kepada anggota koperasi di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak

Biro ini berkeyakinan melalui program-program penerangan, pendidikan dan latihan akan dapat menambah keahlian koperasi. Penerangan secara bersemuka dengan bakal-bakal anggota juga banyak dilaksanakan bagi memberi gambaran lebih jelas perkhidmatan dan kelebihan menjadi anggota koperasi. Adalah diharapkan keanggotaan koperasi akan bertambah dan akan mempertingkatkan perniagaan koperasi bersama anggota-anggotanya. Ini secara tidak langsung akan menambahbaik perkhidmatan dan aktiviti koperasi