Category: Biro Hits: 3712

Objektif

Mengawasi aktiviti-aktiviti pihak Pengurusan Kanan dalam pengurusan kredit, pelaburan, pasaran, likuidi, operasi, perundangan dan risiko-risiko lain serta memastikan proses pengurusan risiko diwujudkan dan berfungsi

Peranan Dan Tanggungjawab

Jawatankuasa Pengurusan Risiko adalah bertanggungjawab terhadap perkara-perkara berikut:-

  1. Mengkaji dan menyarankan strategi pengurusan risiko, dasar dan tolerasi risiko untuk kelulusan Lembaga
  2. Mengkaji dan menyarankan kecukupan dasar pengurusan risiko dan rangka kerja dalam mengenalpasti, menguukur, memantau dan mengawal risiko dan sejauh mana keberkesanan dasar dan rangka kerja tersebut beroperasi
  3. Memastikan insfrastruktur, sumber dan sistem diwujudkan untuk pengurusan risiko. Contohnya memastikan kakitangan yang bertanggungjawab mengendalikan sistem pengurusan risiko melaksanakan kewajipan berdasarkan mekanisme yang ditetapkan
  4. Mengkaji laporan pengurusan berkala ke atas pendedahan risiko, komposisi portfolio risiko dan aktiviti pengurusan risiko serta mengemukakan cadangan balas kepada Lembaga untuk tindakan susulan
  5. Mengkaji dan menyarankan strategi peningkatan reputasi dan imej koperasi