Mengenai Koperasi Kakitangan UiTM Berhad
Matlamat
Koperasi ini ditubuhkan untuk meningkat kepentingan ekonomi anggota-anggotanya mengikut prinsip-prinsip koperasi. Disamping itu,koperasi juga ditubuhkan bagi membantu kakitangan UiTM yang menganggotai koperasi. Oleh itu, koperasi telah menyediakan satu rangkaian aktiviti yang membolehkan setiap anggotanya menikmati kemudahan serta perkhidmatan dalam bentuk kebajikan atau tanggungan mudah.
Fungsi
Fungsi utama koperasi ini adalah untuk menjalankan aktiviti :-
- Kredit
- Pengguna
- Perkhidmatan
Prinsip
Prinsip keanggotaan adalah : -
- Keanggotaan sukarela dan terbuka
- Kawalan demokratik oleh anggota
- Penglibatan ekonomi oleh anggota
- Autonomi dan kebebasan
- Pendidikan, latihan dan maklumat
- Kerjasama antara koperasi
- Mengambil berat terhadap masyarakat
Faaedah
Faedah yang di perolehi oleh ahli adalah :-
- Mewujudkan tabungan untuk tujuan simpanan dan pelaburan.
- Menyimpan sebahagian dari pendapatan dan memberi pinjaman bagi maksud yang berfaedah dan mendatangkan keuntungan kepada anggota.
- Menjalankan aktiviti perniagaan dan perdagangan / termasuk fungsi pengguna.
- Membeli, menjual, memindahkan hak milik, mendiri, menyewa, mencagar, memajak, menggadai dan memiliki harta – harta alih dan harta – harta tak alih.
- Melaburkan wang berlebihan dalam perkara – perkara yang dibenarkan di bawah seksyen 54 Akta.
- Menyertai usahasama dengan koperasi atau syarikat – syarikat swasta dan menjadi anggota Koperasi lain.
- Menjalankan aktiviti insuran kepada anggota dan bukan anggota