Help Desk : +603 - 5519 5912 | Fax : +603 5513 0540 | Emel : info@uitmkoop.com.my


PROMOSI KEANGGOTAAN KKUiTMB 2017 !!!

Cepat Cepat Cepat !!!


Kini Di Tempat Anda !!!

Kita ke Promosi Produk Pengguna Dan Keanggotaan Koperasi Kakitangan UiTM Berhad.
Tarikh dan tempat seperti tertera :
11-12 September 2017 - Uitm Terengganu, Kampus Dungun
13 September 2017 - Uitm Terengganu, Kampus Bukit Besi
14 September 2017 – Uitm Terengganu, Kampus Chendering


Pelbagai peroduk baru dan menarik menanti anda !!!

Antara produk yang bakal di promosikan :
●Telefon bimbit – Apple, Samsung, Huawei, Vivo, Oppo etc.
●Laptop – Hp, Acer, Lenovo, Asus etc.
●Pakej umrah*
●Kosmetik
●Emas
●Barangan elektrik – mesin jahit, peti ais, mesin basuh etc.
●Mesin air

Sejarah Penubuhan

Koperasi Kakitangan UiTM Berhad telah ditubuhkan pada 25 November 1968 yang didaftarkan oleh Ahmad bin Mohd Yunus dibawah nama Koperasi Kakitangan ITM (Institut Teknologi Mara) Berjimat Cermat dan Pembiayaan dengan no pendaftaran 4425. Namun pada 8 Mac 1994, Koperasi Kakitangan ITM membuat pindaan nama kepada Koperasi Kakitangan Institut Teknologi Mara berhad menurut pindaan kepada undang-undang kecilnya yang telah didaftarkan mengikut seksyen 10(3) Ordinan koperasi bilangan 33 1948.

Namun pada 13 Januari 2001 Koperasi Kakitangan ITM sekali lagi menukar nama kepada Koperasi Kakitangan Universiti Teknologi Mara Berhad (KKUiTMB) melalui satu pindaan undang-undang kecil yang didaftarkan di bawah subseksyen 18(3) akta koperasi 1993 kerana kerajaan telah menaiktaraf ITM kepada universiti dan dikenali sebagai nama UiTM.

Justeru itu, Koperasi KKUiTMB dahulunya beroperasi didalam kampus UiTM kemudian berpindah ke Seksyen 2 seterusnya operasi KKUiTMB semakin berkembang dan kakitangan semakin bertambah menyebabkan KKUiTMB membeli bangunan Worldwide@7 di alamat B-13 Tingkat 1, 2 dan 3 Worldwide@7, Jalan Lazuardi 7/29 Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor.

Keanggotaan KKUiTMB terdiri daripada kakitangan-kakitangan UiTM yang tetap dan kontrak di bawah UiTM. KKUiTMB mempunyai 7,500 orang anggota yang aktif dan kawasan operasi koperasi meliputi seluruh Malaysia dan Ahli Lembaga Koperasi seramai 9 orang, Manakala Juruaudit dalaman(JAD) seramai 4 orang serta kakitangan seramai 17  orang bagi menguruskan pentadbiran koperasi dan 9 orang pekerja yang menguruskan kedai mini koperasi di cawangan UiTM.

KKUiTMB menjalankan fungsi utama operasi ini ialah kredit. Sehubungan dengan itu, Menurut subseksyen 4(1) akta, matlamat penubuhan koperasi kakitangan UiTM Berhad ialah untuk meningkatkan kepentingan ekonomi anggotanya mengikut prinsip koperasi. Aktiviti koperasi ialah pembiayaan tunai dan barangan, insurans, Ar-rahnu, dobi, kedai mini, kebajikan dan sosial.

Lembaga boleh meluluskan segera permohonan pinjaman kecemasan ini kepada anggota-anggota yang memohon dengan syarat bahawa pembiayaan tidak melebihi RM1,000.00 setahun. Kelulusan permohonan adalah berasaskan kepada bukti-bukti yang nyata yang disokong oleh dokumen-dokumen yang sah.

Pengerusi

Kejayaan Koperasi Kakitangan UiTM Berhad adalah kerana adanya tadbir urus yang professional, sokongan daripada ahli yang sentiasa bersama-sama memacu ke arah kejayaan, Bak kata pepatah "Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat".

Profesor Madya Dr. Zulkifli Abd. Latiff

Kalendar Aktiviti

No events

Who's online

We have 43 guests and no members online

Hubungi Kami

  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
  +603 5519 5912
  +603 5513 0540
  B-13, Worldwide@7, Jalan Lazuardi 7/29, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.

Media Social