Tujuan pajak gadai (Ar-Rahnu) ini ialah untuk memberi perkhidmatan kepada anggota-anggota yang memerlukan khidmat gadaian mengikut syariat Islam.
Peraturan membuat gadaian
- Menggunakan Borang ARI dengan melengkapkan bahagian A dan serahkan bersama kad pengenalan anggota ketika membuat gadaian.
- Barang gadaian yang diserah akan dinilaikan berdasarkan harga pasaran.
- Penggadai berhak mendapat pinjaman hanya sebanyak tidak lebih daripada 60% daripada nilai harga emas yang digadai, tertakluk kepada Aturan 7
- Nilai harga barang yang dinilai adalah muktamad
- Setelah pemegang gadai dan anggota bersetuju, ijab kabul disempurnakan penggadai akan diberi satu Tiket Gadai seperti Borang AR2.
- Semua peraturan dan kelayakan adalah tertakluk kepada aturan-aturan undang-undang kecil Koperasi Kakitangan UiTM Berhad dan pindaan ke atasnya dari semasa ke semasa.
Had Pinjaman
Amaun pinjaman yang boleh diberi adalah tidak lebih daripada 60% daripada nilai (emas) barang yang digadai, tertakluk kepada maksima sebanyak RM5,000.00 atau yang mana lebih mudah. Walau bagaimanapun pihak pemegang gadai berhak mengurangkan had maksima ini dalam keadaan yang difikirkan munasabah.
Tempoh Gadaian
Tempoh gadaian ialah tiga bulan. Walaubagaimanapun, penggadai boleh memohon untuk melanjutkan tempoh selama tiga bulan lagi dengan syarat ia membayar semua upah bagi tempoh tiga bulan yang telah luput.
Bayaran Pentadbiran
Tiap-tiap urusniaga gadaian akan dikenakan bayaran pentadbiran sebanyak RM1.00
Bayaran Pentadbiran
Tiap-tiap urusniaga gadaian akan dikenakan bayaran pentadbiran sebanyak RM1.00
Upah
Bayaran upah berasaskan kepada nilai semasa barang yang digadaikan, adalah seperti berikut:
- RM1.00 - RM 500 / RM0.50 setiap RM100 / Sehari hingga 30 hari
- RM501 - RM1,000 / RM0.60 setiap RM100 / Sehari hingga 15 hari
- RM2,001 - RM10,000 / RM0.70 setiap RM100 / Sehari hingga 15 har